Isnin, 28 November 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH 2011

     Pada 23 April 2011, SMK Batu Kawan telah menyertai satu pertandingan kawad kaki peringkat daerah. Pertandingan ini berlangsung di SMKA Nibong Tebal.  Sebanyak 16 buah sekolah telah mengambil bahagian pada hari tersebut. 

     Walaupun SMK Batu Kawan tidak mendapat tempat dalam pertandingan ini, namun pertandingan ini diharap dapat memberi pengalaman berharga kepada para peserta. Diharap pasukan kawad kaki SMK Batu Kawan akan terus menyertai pertandingan seumpama ini pada masa akan datang.




Pasukan kawad kaki SMK Batu Kawan

Ahad, 27 November 2011

'ENO CONFERENCE JOENSUU, FINLAND'

     Pada 11 - 17 September 2011 yang lalu, seorang guru, En. Ramesh dan lima orang pelajar SMK Batu Kawan telah dipilih untuk menyertai Persidangan ENO di Joensuu,Finland. Lima orang pelajar tersebut ialah:
  • Sharmila a/p Mohan (2 Berlian)
  • Nur Qistina Iman bt. Mohamad Rusli (1 Delima)
  • Thipa Tharsinah a/p Indran (2 Berlian)
  • Kheertharna a/p Arivanathan (1 Delima)
  • Hemalan Sean a/l Pillai Chinniah (2 Intan)

Bergambar bersama pengetua dan YDP PIBG
     Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan. Semasa di Joensuu, para pelajar diberi pendedahan tentang sistem pendidikan di sana disamping berpeluang melawat salah sebuah sekolah iaitu Sekolah Pataluodon Koulu. Selain itu, para pelajar juga diberi peluang melawat Taman Negara Koli.


     Acara utama mengambil tempat di 'Joensuu Areena' pada 15 dan 16 September. Di sini, sekolah yang terlibat akan mengadakan satu bengkel dan aktiviti yang berkaitan dengan hutan di negara masing-masing.


Lawatan ke sekolah
Bersama para pelajar Pataluodon Koulu
Bergambar bersama mantan Perdana Menteri dan isteri.
Di Taman Negara Koli
Sekitar Taman Negara Koli - 'Koli Cultura'
Bengkel oleh pelajar SMKBK

     Selain menghadiri Persidangan ENO ini. Para pelajar sempat melawat tempat-tempat yang menarik di Joensuu. Antaranya yang menarik ialah garisan Artik di Napapiiri.  Garisan Artik ini merupakan salah satu daripada lima garisan latitud utama yang di tanda di atas peta Bumi. Finland merupakan salah satu negara daripada lapan negara yang dilintasi oleh garisan ini. Lima pelajar ini amat bertuah kerana dapat berada di garisan ini dan dikurniakan sijil setiap seorang kerana berjaya menjejakkan kaki di sini.




Di garisan Artik
     Ternyata penglibatan mereka dalam Persidangan ENO di Joensuu, Finland telah mengharumkan nama sekolah pada peringkat antarabangsa sekaligus mencuri tumpuan pelbagai pihak termasuklah media massa.


Keratan akhbar Sinarharian tentang pencapaian SMKBK

Berikut adalah tentatif program sepanjang persidangan ENO di Joensuu:
(Klik pada gambar untuk besarkan imej)



Rabu, 23 November 2011

LAGU SEKOLAH

SMKBK nan tercinta,
Menara ilmu kita,
Penyatuan dan penyebaran
Ilmu dan kebenaran,


Sekolah kebanggaan kita
Pasti cemerlang jua
Putera puteri berbilang bangsa,
Modal insan berjaya


Beraspirasi, berdedikasi,
Tetap bersemi di jiwa
Sekolah harapan negara
Hasrat kita semua.

Isnin, 21 November 2011

PROGRAM LIDI (LUAR INDAH DALAM INDAH)

     Program LIDI ini merupakan satu program di bawah unit HEM. Program ini merupakan satu pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas yang telah diperbaharui. Pelbagai aspek di ambil kira semasa pemberian markah termasuklah disiplin pelajar. Guru yang bertanggungjawab memberi markah ialah guru bertugas mingguan.

     Perasmian program LIDI diadakan pada 11 September 2011 di tapak perhimpunan SMKBK dan dirasmikan oleh PK HEM, En. Yusri bin Yusof. Semasa upacara perasmian ini, lidi digunakan sebagai simbolik kepada 'kebersihan'.

     Kelas yang terbersih akan mendapat sijil dan piala. Kelas yang terkotor akan dikenakan khidmat sosial seperti membersihkan tandas, membersihkan kawasan sekolah dan sebagainya.

Ketua tingkatan diberi lidi 
Wakil pelajar mengumpul lidi daripada setiap ketua tingkatan
PK HEM mengikat lidi yang telah dikumpul dengan riben.

Kelas 2 Berlian yang memenangi kelas terbersih 
Pemenang piala pusingan bulan September : Kelas 2 Berlian


BENGKEL KECERGASAN EKSEKUTIF

     Bengkel Kecergasan Eksekutif ini diadakan pada 14 Mei 2011 bertempat di Pusat Boling 'Ole-Ole Super Bowl' di Kulim Kedah. Pertandingan boling ini disertai oleh guru-guru dan staf SMK Batu Kawan.

     Sebelum memulakan bengkel, para peserta bersarapan di Restoran Nasi Kandar yang berdekatan. Selepas itu, taklimat diberikan kepada tentang pertandingan yang akan berlangsung.

Sarapan di Restoran Nasi Kandar 

Puan Faridah memberi taklimat sebelum pertandingan.

Para peserta memanaskan badan 
      Selepas memanaskan badan, para peserta bermain dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Pertandingan berlangsung sehingga pukul 12.00 tengah hari dan tamat dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang mengutip mata tertinggi.

Salah satu aksi peserta, penuh dengan gaya 

Tuan pengetua bersama kumpulan yang menjuarai pertandingan boling ini.

Ahad, 20 November 2011

AKTIVITI

PROGRAM EKSPLORASI HAJI

     Program Eksplorasi Haji ini merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Unit Panitia Pendidikan Islam dan Lembaga Tabung Haji Bandar Perda. Bertempat di SMK Batu Kawan, 26 Jun 2011,program ini telah dijayakan dengan kerjasama semua warga SMKBK bermula jam 7.30 pagi sehingga 1.00 petang.

     Penceramah yang diundang dari Tabung Haji, Haji Abdul Halil bin Haji Baharum telah memberi pendedahan awal tentang cara mengerjakan haji. Istimewanya program ini, para peserta yang terdiri daripada para pelajar,staf, guru-guru dan ibu bapa telah didedahkan dengan latihan amali. 


     Pada pelajar diberi taklimat  tentang perjalanan program. Penceramah juga  mengingatkan para peserta tentang rukun Haji dan larangan semasa menunaikan Haji serta menunjukkan cara memakai ihram dengan betul.

Taklimat pemakaian ihram
Para peserta memakai ihram
     Selesai taklimat di dalam dewan, para pelajar akan diberi latihan menunaikan Haji secara amali. Beberapa tempat di sekitar SMKBK telah di tanda dengan 'banner' yang menunjukkan tempat-tempat menunaikan Haji seperti di Mina, Marwah, Jamrah, Arafah dan sebagainya. Para peserta akan melalui setiap tempat ini dan diberi penerangan yang lebih lanjut oleh Tuan Haji Abdul Halil. Selesai menyempurnakan rukun Haji, para peserta di beri makanan dan bersurai. 

Pelajar berkumpul di Mina
Melontar di Jamrah
Menunaikan Saie
Tawaf mengelilingi 'Kaabah'
Para pelajar dihidangkan kurma
Bekas pelajar SMKBK turut hadir memeriahkan program
Agigan makanan kepada para peserta
Jamuan makan untuk guru-guru dan penceramah

SAMBUTAN MAAL HIJRAH


     Sambutan Maal Hijrah diadakan sempena dengan Tahun Baru Islam. Mengikut kiraan takwim Islam adalah bermula dari peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam.


     Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Januari 2011 bersamaan 30 Muharam 1432H. Sambutan ini diadakan di dewan SMKBK bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. 
  
     Objektifnya adalah untuk melahirkan kecintaan kepada Islam sebagai agama yang unggul. Selain itu, menggalakkan warga sekolah untuk menghayati dan      mempraktikkan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dalam kehidupan.

     Seawal jam 7.30 pagi, para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi taklimat program dan bacaan doa. Para pelajar menyanyikan nasyid Asma ul Husna dan juga lagu tema Maal Hijrah. Kemudian, para pelajar berarak mengelilingi sekolah dengan diiringi paluan kompang


Perarakan pelajar SMK Batu Kawan 

Guru, pentadbir dan YDP PIBG turut serta dalam perarakan

Turut hadir, mantan pengetua SMKBK, En. Ahmad Ezzat Ismail
     Selesai perarakan, para pelajar berkumpul di dewan sekolah untuk sesi ceramah. Sementara itu, para guru sedang bekerjasama memasak bubur Asyura untuk diagihkan sebaik sahaja sesi ceramah berakhir. 

Sesi ceramah di dewan SMKBK

Nilai kerjasama antara guru-guru

Bertungkus-lumus menyiapkan juadah bubur Asyura

Mengacau bubur Asyura bersama pengetua


Agihan bubur Asyura kepada para pelajar.

Bubur Asyura turut diagihkan kepada pelajar bukan Islam.


     

SAMBUTAN HARI GURU 2011

     Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 26 Mei 2011 dengan tema Hari Guru pada tahun ini 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'. Pada hari ini, guru-guru SMK Batu Kawan telah diraikan bagi mengenang jasa mereka dalam bidang pendidikan.

     Pada perhimpunan pagi,guru-guru melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'. Acara potong kek juga turut menjadi agenda utama pada pagi ini dimana kek tersebut telah disumbangkan oleh Kelab Guru dan Lembaga Pengawas Sekolah.


Bacaan ikrar oleh para guru
Nyayian lagu 'Kami Guru Malaysia'.
Acara memotong kek
     Acara lain yang diadakan adalah pertandingan 'futsal', pertandingan bola jaring antara guru dan murid, sukaneka, pertandingan mewarna dan juga persembahan daripada pelajar dan guru.

Pertandingan bola jaring antara guru dan pelajar.
Pertandingan mewarna pelajar menengah rendah.
Pertandingan 'futsal'
Sukaneka : Boling kelapa