Bengkel Kecergasan Eksekutif ini diadakan pada 14 Mei 2011 bertempat di Pusat Boling 'Ole-Ole Super Bowl' di Kulim Kedah. Pertandingan boling ini disertai oleh guru-guru dan staf SMK Batu Kawan.
Sebelum memulakan bengkel, para peserta bersarapan di Restoran Nasi Kandar yang berdekatan. Selepas itu, taklimat diberikan kepada tentang pertandingan yang akan berlangsung.
 |
| Sarapan di Restoran Nasi Kandar |
 |
| Puan Faridah memberi taklimat sebelum pertandingan. |
 |
| Para peserta memanaskan badan |
Selepas memanaskan badan, para peserta bermain dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Pertandingan berlangsung sehingga pukul 12.00 tengah hari dan tamat dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang mengutip mata tertinggi.
 |
| Salah satu aksi peserta, penuh dengan gaya |
 |
| Tuan pengetua bersama kumpulan yang menjuarai pertandingan boling ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan