Jumaat, 20 Julai 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Tarikh : 10 Julai - 12 Julai 2012 
Tempat : SMK Seri Nibong 
Anjuran : Unit Kokurikulum, JPN Pulau Pinang


Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 telah diadakan di SMK Seri Nibong, Nibong Tebal. Karnival ini diadakan selama 3 hari, iaitu dari 10 Julai - 12 Julai 2012. 


Objektif penganjuran

  1. Mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi
  2. Membudayakan aktiviti sains dan teknologi kepada pelajar.



Terdapat pelbagai pertandingan yang dianjurkan sepanjang 3 hari tersebut. SMK Batu Kawan telah menghantar masing-masing tiga wakil untuk menyertai 4 pertandingan iaitu 

  • pertandingan solar boat
  • pertandingan solar car
  • pertandingan EEC (Energy Efficiency Cooking)
  • pertandingan roket
Pertandingan solar boat
Walaupun ini merupakan tahun ke-2 SMK Batu Kawan melibatkan diri, namun pencapaian pelajar-pelajar SMK Batu Kawan pada 3 hari tersebut tidaklah begitu memuaskan. Tetapi, pelajar-pelajar ini telah menimba suatu ilmu dan pengalaman yang baru untuk diri mereka. Diharap penglibatan pada tahun hadapan, dapat mengharumkan nama sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan