Jumaat, 20 Julai 2012

IHYA' RAMADAN

20 Julai 2012 bersamaan 30 Saaban 1433 (Jumat), Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program pelancaran sambutan Ihya' Ramadan. Pelancaran ini bertempat di dewan SMK Batu Kawan diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan rahmat.



Seperti kebiasaan, pelajar muslim akan membaca Yassin pada setiap hari Jumaat. Seelesai membaca Yassin, disusuli dengan ucapan ustaz Tengku Azhari dan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Mustaffa bin Man.


Majlis disambung dengan sedikit tazkirah oleh uztaz Tengku Azhari. Sementara itu, di bilik agama SMK Batu Kawan, berlangsungnya pertandingan melukis poster sempana menyambut bulan Ramadan ini. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur Panitia Pendidikan Islam sepanajang bulan Ramadan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan