Khamis, 15 Disember 2011

KURSUS SEHARI PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN

Pada 26 Februari 2011, satu Kursus Sehari Pengurusan Kelab dan Persatuan telah diadakan pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kursus Sehari Pengurusan Kelab dan Persatuan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan kelab dan persatuan masing-masing. Kursus ini dilihat dapat membantu pelajar menguruskan kelab/persatuan masing-masing dengan lebih baik. 


Kursus ini diadakan di bilik Bahasa SMK Batu Kawan. Pelajar yang terlibat dalam kursus ini merupakan setiausaha, bendahari dan pengerusi kelab dan persatuan masing-masing. Kursus ini dianjuran oleh Unit Kokurikulum. Unit Kokurikulum telah menjemput beberapan orang guru SMK Batu Kawan sebagai penceramah.

Pendaftaran peserta
Para peserta mendengar ceramah yang disampaikan
Puan Pathmadevi sedang memberi ceramah 
Ceramah oleh Puan Nor Sahbaliza  

Penyampaian sijil kepada peserta
Antara guru-guru yang terlibat






Tiada ulasan:

Catat Ulasan