Tarikh : 24 September 2011
Masa : 7.15 pagi - 3.00 petang
Bengkel Pemakanan Seimbang ini merupakan salah satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) anjuran Kelab Pengguna, Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Batu Kawan. Objektif LDP ini adalah untuk mendedahkan tentang kandungan makanan, memberi penerangan tentang bahayanya pengambilan makanan yang berkalori dan berlemak tinggi serta melahirkan guru-guru yang sentiasa sihat dan ceria.
Program dimulakan dengan pendaftaran para guru pada jam 7.30 pagi. Selesai pendaftaran, guru-guru diberi ceramah tentang "Pemakanan Seimbang" oleh En. Faizal bin Ibrahim selaku Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan), JKN Pulau Pinang. Selepas tamat sesi ceramah, guru-guru bersarapan di kantin sekolah. Pada 10.30 pagi, satu pertandingan memasak diadakan antara guru-guru, di mana pertandingan ini dihakimi oleh pentadbir sekolah. Selesai petandingan, para peserta makan tengah hari dan disertai dengan acara penyampaian hadiah. Jam 3.00 petang, para peserta bersurai.
Pendaftaran guru-guru |
Mendengar ceramah tentang pemakanan seimbang |
Membuat persiapan untuk pertandingan memasak |
Gelagat peserta semasa pertandingan- Puan Azizah |
Hidangan kumpulan 6 |
Hidangan yang menarik perhatian para juri - johan pertandingan (kumpulan 10) |
Guru-guru yang ternyata berbakat dan serba boleh |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan