Sabtu, 10 Disember 2011

SAMBUTAN HARI PERINGATAN ANTIDADAH

     Sambutan Hari Peringatan Antidadah peringkat sekolah ini dilaksanakan pada 8 Februari 2011 bertempat di SMK Batu Kawan. Program ini diadakan sebagai usaha pencegahan dadah pada peringkat awal terutamanya kepada kumpulan pelajar. Program ini merupakan anjuran unit Kaunseling. Unit Kaunseling telah menjemput seorang penceramah luar untuk memberikan ceramah tentang penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada diri,keluarga dan masyarakat.


Perasmian program antidadah oleh pengetua
Para pelajar mendengar ceramah di dalam dewan
     Beberapa aktiviti turut berlangsung semasa sesi ceramah diadakan di dalam dewan. Aktiviti seperti pertandingan melukis 'banner' dan pertandingan melukis poster turut diadakan di luar dewan. Lakonan drama turut menjadi tarikan pada hari tersebut. Drama yang dilakonkan oleh para pelajar ini diadaptasi daripada drama 'Arah Ke Mana' novel tingkatan 1.


Pertandingan  melukis poster 
Pertandingan melukis 'banner'
Para pelajar menyusun 'puzzle' 
Lakonan drama yang menghiburkan
Antara banner yang terpilih
Penyampaian hadiah kepada para pemenang

"WARGA SMKBK BENCI DADAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan