SMK Batu Kawan telah dibuka pada 6 Januari 2003.
Sebelum itu SMK Batu Kawan telah menumpang sementara di SK Bukit Tambun.
Bangunan SMK Batu Kawan dan SK Batu Kawan ini yang bernilai hampir RM22 juta telah siap sepenuhnya dan boleh mula digunakan pada 29 April 2003.
Nama sekolah ini telah diambil sempena nama Pulau Batu Kawan yang sebelum ini merupakan ladang kelapa sawit dan kelapa.
Sekolah mula dirintis dengan 90 orang murid dan 9 orang guru dengan diketuai oleh penyelaras En Mohd Mustaffa bin Man (Penyelia Petang SMK Valdor).
Sekolah mula dirintis dengan 90 orang murid dan 9 orang guru dengan diketuai oleh penyelaras En Mohd Mustaffa bin Man (Penyelia Petang SMK Valdor).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan